Arif Aiman Berada Dalam Radar

Aksi memukau pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bukan saja memikat peminat bola sepak tempatan malah berjaya menawan hati pengendali Malaysia, Tan Cheng Hoe.

Justeru itu, Cheng Hoe mengesahkan beliau bakal memanggil Arif sebagai persiapan skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.

Situasi itu bakal menyaksikan persaingan s3ngit buat pemain berusia 18 tahun berkenaan untuk merebut posisi sayap kanan yang turut akan dicabar oleh Safawi Rasid.

Safawi yang baharu pulih daripada kec3deraan turut disahkan berada dalam senarai Cheng Hoe dengan jurulatih dari Kedah itu mengakui kedua-dua tonggak itu berpotensi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Arif salah satu dalam senarai pendek, sudah tentu kami pun sebagai barisan kejurulatihan memantau dia dan potensi yang ditunjukkan cukup besar untuk pasukan kebangsaan.

Ia sebagai persaingan yang sihat buat semua termasuk Safawi nanti. Tapi dari segi pengalaman di peringkat antarabangsa mungkin Safawi ada kelebihan.

“Kita perlukan ramuan yang terbaik dan kami jurulatih akan menilai dan melihat potensi yang ada untuk berada dalam pasukan nanti,” katanya.

Sementara itu, beliau mengesahkan nama tiga tonggak yang berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin di Belgium, Liridon Krasniqi di Australia serta Junior Eldstal di Thailand turut berada dalam senarai yang dipanggil.

Katanya, ketiga-tiga pemain itu juga akan divaksin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun beliau mengakui tidak mengetahui bagaimanakah kaedah untuk melaksanakannya.

“Nama tiga pemain itu juga ada dalam senarai yang sudah dihantar kepada KKM. Tapi saya tak tahu cara untuk sunt!k mereka, adakah perlu balik ke sini atau tidak. Itu saya serahkan kepada pihak pengurusan,” katanya.

Ujarnya lagi, pasukan kebangsaan Kuwait sah dipilih untuk menguji barisan skuad kendaliannya selepas sebelum ini Bahrain menyatakan persetujuan.

Kami pilih Bahrain kerana gaya serta corak permainan mereka sama dengan UAE termasuk dari segi saiz pemain. Malah, satu lagi pasukan yang akan menguji pasukan kita juga dari Asia Barat.

“Jadi sebaiknya kami men3ntang pasukan dari Asia Barat kerana ia akan menguji kekuatan pasukan negara. Lagipun kami perlu juga menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana”.

Skuad Malaysia dijadualkan berlepas ke Bahrain pada 19 Mei sebelum menghadapi dua aksi persahabatan men3ntang Kuwait (23 Mei) dan Bahrain (28 Mei).

Dalam baki tiga perlawanan di UAE nanti, Malaysia dijadualkan men3ntang UAE pada 3 Jun diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).