TMJ Menyenaraikan Tiga Pasukan

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyenaraikan Penang FC, Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA) sebagai tiga pasukan yang berjaya menunjukkan prestasi terbaik sepanjang Liga Super musim ini.

Justeru, tidak mustahil tiga pasukan itu juga boleh dianggap sebagai pencabar utama merebut kejuaraan Piala Malaysia yang akan bermula 25 September ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagaimanapun berkata Kedah perlu lebih menjaga kebajikan barisan pemain mereka dengan lebih baik atas apa yang disumbangkan skuad Helang Merah.

Pertama Penang, kerana mereka sudah menjalankan tugas dengan bagus, baru layak ke Liga Super dan berada di mana mereka berada hari ini.

TFC, mungkin turun sedikit kerana tak konsisten. Tapi mereka dalam kelompok teratas dan Kedah. Kedah ini, pengurusan perlu jaga pemain dan juga pasukan dengan lebih baik kerana mereka mantap.

Setiap tahun, tak kisah apa masalah pun, masalah gaji, tetapi mereka masih memberi sepenuhnya kepada pasukan dan itu saya mengucapkan syabas kepada pemain kerana ada sikap sabar dan sebagainya.

“Tapi kepada pengurusan, saya harap mereka ambil langkah yang proaktif untuk jaga hak ini. Penang di kelas tertinggi, baru naik ke Liga Super dan tamatkan (liga) di kedudukan ketiga,” katanya dalam rancangan Bola@Mamak, kelmarin.

Selain itu, TMJ turut menganggap kehadiran dua pendatang baharu, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United dalam Liga Super musim depan sebagai perkembangan yang bagus.

Namun, beliau berharap pemain dan pegawai pasukan Sarawak United lebih berdisiplin susulan terbabit dalam insid3n meny3rang pengadil baru-baru ini.

Bagus, tapi kena jaga disiplin staf masing-masing kerana insiden baru-baru ini (menyerang pengadil). Benda itu tak patut berlaku dan FAM ada tindakan lebih keras.

“Kalau tidak benda ini akan berlaku, kita juga kena faham ramai negara jiran yang memerhati sikap kita. Kita nak ada imej yang bagus dalam bola sepak,” katanya.