Tiada Lagi Kelibat Beliau Bersama Pasukan Kedah

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengesahkan bekas striker skuad kebangsaan, Zaquan Adha tidak lagi bersama pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila kontraknya tidak disambung.

Beliau menyertai Kedah pada musim 2019 dan berjaya menjaringkan 2 gol dalam 27 penampilan. Bagaimanapun, pemain yang berusia 33 tahun itu belum memikirkan untuk bersara daripada sukan bola sepak dan kini sedang mencari pasukan baharu.


Dikenali dikalangan peminat dengan panggilan Shark dan dikalangan rakan sepasukan sebagai Adik, menjaringkan gol melalui pelbagai aksi spontan dan menarik membuatkan beliau antara striker yang merb@haya di waktu kemuncak prestasi.

Sumbangan beliau cukup besar bukan hanya di atas padang tetapi juga diluar padang, tidak lokek berkongsi pengalaman dan sering menjadi panduan kepada pemain muda terutamanya ketika pasukan Kedah dalam gelora kesukaran kewangan selepas pand3mik C0vid-19 meny3rang dunia.

Aidil Sharin Sahak, Ketua Jurulatih Pasukan Kedah sering memuji sikap Zaquan yang terus professional walaupun jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan sering menganjurkan aktiviti sosial bersama rakan sepasukan bagi memberi alternatif merapatkan kerjasama selain melepaskan penat l3lah di atas padang, tulis kenyataan rasmi daripada KFA.

Difahamkan Zaquan bakal menyertai pasukan yang berpusat di lembah klang pada musim depan. Antara pasukan tersebut ialah Petaling Jaya City.

1 Trackback / Pingback

  1. keto diet list

Comments are closed.