Tiada jaminan

Pemain s3nsasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sudah kembali berlatih sejak beberapa hari lalu dan bersedia diturunkan, namun selepas terlepas lima perlawanan Liga Super akibat kec3deraan lutut, tempatnya diisi dengan baik oleh pemain remaja berusia 18 tahun, Arif Aiman Hanapi.

Apakah dia akan diturunkan buat kali pertama apabila JDT men3ntang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini? Pengendali JDT, Benjamin Mora enggan memberi jaminan.

Kata Mora, kepulangan semula pemain sayap Malaysia itu pasti berita menggembirakan buat pasukan, namun Safawi tetap perlu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Ini yang saya sukakan tentang sistem penggiliran yang diamalkan di JDT di mana ia memberi ruang kepada pemain untuk beraksi serta bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Perkara ini tidak terkecuali buat Safawi sekiranya dia ingin kembali dalam senarai pemain. Ini kerana prestasi yang ditunjukkan Arif Aiman sejak akhir-akhir ini amat meng3jutkan kami semua,” kata Mora.

Ditanya mengenai keadaan Matthew Davies, Mora memberitahu, bek kanan itu masih dibel3nggu kec3deraan hamstr1ng dan memerlukan sedikit masa untuk membuat kemunculan semula.

Jelasnya, S.Kunanlan melakukan tugas yang baik mengisi kekosongan yang ditinggalkan Davies dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Sementara itu, JDT tetap berwas pada apabila bertemu Sri Pahang biarpun lawan mereka tidak berada pada prestasi terbaik dengan gagal memenangi empat aksi terakhir.

Kata Mora, analisis yang dibuat pasukannya tidak seperti apa yang terjadi di atas padang apabila pasukan lawan beraksi di luar kebiasaan setiap kali men3ntang anak buahnya.

Tidak kisahlah pasukan lawan berg3lut di kelompok bawah liga, prestasi terumbang-ambing atau gagal mencatatkan kemenangan dalam dua hingga tiga perlawanan.

Semua ini akan berubah apabila mereka bertemu JDT. Mereka akan menjadi pasukan yang berbeza, bermain penuh semangat dan bekerja keras ketika men3ntang kami.

Jadi, walaupun apa pun yang men!mpa pasukan Sri Pahang ketika ini, saya jamin perl@wanan ini akan menjadi satu pertemuan yang seng!t.

“Kami hormati mereka sebagai pasukan dan kami akan melakukan sebaik mungkin di atas padang esok dalam usaha membawa pulang tiga mata,” katanya.