TFC Mungkin Kehilangan Jordan Mintah

Aksi cemerlang bersama pasukan Terengganu FC II (TFC II) sepanjang Liga Perdana musim ini membuatkan Jordan Mintah kini dibvru beberapa kelab dalam dan luar negara yang mahukan khidmatnya dalam saingan musim depan.

Bagaimanapun penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini dengan mel3dak 16 gol bersama striker Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Fernando Rodriguez enggan memikirkan lagi berkaitan tawaran berkenaan.

Sebaliknya pemain kelahiran Ghana berusia 26 tahun itu menegaskan keutamaannya kini adalah untuk membantu pasukan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Lagipun katanya, kontraknya bersama pasukan masih berbaki lagi dan perlu dihormati sehinggalah perjanjian bersama Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd berakhir pada tahun ini.

Saya sukakan persaingan dalam Liga Malaysia (Liga M), biarpun ada beberapa pasukan menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya musim depan, tapi saya belum memikirkan lagi kerana tumpuan kini untuk membantu pasukan dalam mengharungi saingan Piala Malaysia.

“Selepas berakhir saingan nanti, saya serahkan kepada ejen untuk membuat keputusan sama ada saya masih kekal beraksi di Terengganu ataupun sebaliknya,” katanya.

Sepanjang musim ini, pemain berketinggian 1.84 meter itu yang mula menyarung jersi TFC II sejak musim lalu berjaya mel3dak empat gol ketika membuat enam penampilan bersama ‘abang’ TFC selain 16 gol bersama TFC II.

Berdasarkan rekod, striker yang pernah meraih gelaran penjaring terbanyak ketika mewakili Kaya FC – Iloilo dalam Liga Filipina pada 2019 dengan 31 gol, berjaya mencipta hatrik ketika pasukannya mengatasi Kelantan United FC 4-1 pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Mei lalu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh menyerahkan kedudukan pemenang Kasut Emas itu kepada ketua jurulatih sama ada masih mahu menggunakan khidmat pemain itu atau sebaliknya.

sumber:- BH

“Keputusan sama ada pemain itu kekal atau sebaliknya bergantung kepada pihak pengurusan pasukan terutama ketua jurulatih yang mahu menggunakan khidmat pemain itu ataupun sebaliknya,” katanya ketika dihubungi .