Tak layak dengan JDT

Kelantan FC masih belum capai tahap boleh dilabel sebagai pasukan yang mampu menjadi setaraf dengan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh menyifatkan pasukan The Red Warri0rs (TRW) masih jauh di belakang JDT, apatah lagi skuad dari Pantai Timur itu kini hanya beraksi di Liga Perdana.

Beliau berkata, masih terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan pengurusan TRW untuk mencapai tahap yang sedang dikecapi JDT ketika ini.

Saya puji semangat yang ditunjukkan (Kelantan). Tapi jauh lagi nak dibandingkan dengan JDT. Buat masa ini, ia boleh dikatakan hanya satu impian yang Kelantan boleh jadi macam JDT.

Jangan bandingkan dengan JDT. Kelantan sekarang bersaing di Liga Perdana dan kalau nak dibandingkan dengan JDT, sendiri kena ingatlah. Buktikan dulu baru boleh banding dengan JDT.

Semua pasukan memang nak jadi macam JDT, tapi buat ketika ini jangan sebutlah. Kelantan ini belum sampai tahap boleh dibandingkan dengan JDT.

“Masuk Liga Super dulu, stabilkan pasukan di Liga Super, lepas itu barulah fikir benda lain seperti infrastruktur. Mungkin Kelantan ini 10 langkah di belakang JDT,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa menganggap tidak mustahil TRW boleh mencapai tahap seperti JDT berdasarkan usaha yang dilakukan pemilik kelab itu, Norizam Tukiman.

Dalam perkembangan lain, Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby menyifatkan JDT ketika ini sudah mula menukar ‘gear’ untuk meningg@lkan pesaing lain dalam Liga Super.

Memang sudah nampak JDT cukup dari segala aspek termasuk dari segi tahap kecergasan, persefahaman dan konsisten pemain. Tapi mereka sebenarnya boleh tambah satu lagi tahap.

“Sekarang JDT di ‘gear 4’, ada lagi satu ‘gear’, jika perlu memang boleh lagi tukar satu ‘gear’. ‘Gear 3’ pun orang tak boleh kalahkan JDT, sekarang ‘gear 4’ rasanya sudah boleh jadi juara liga,” katanya.