Salah bengang

LIVERPOOL: Mohamed Salah tampak berang apabila dikeluarkan ketika Liverpool seri 1-1 berdepan Brighton.

Peny3rang Mesir itu itu tidak menghiraukan pengurus Jurgen Klopp selepas digantikan Sadio Mane pada minit ke-64 dan terus duduk di kerusi.

Perlawanan berkenaan adalah yang pertama buat Salah dalam Liga Perdana sejak diuji positif COVID-19 ketika bersama pasukan kebangsaan, yang menyebabkan dia terlepas kemenangan Liverpool mengatasi Leicester minggu lalu.

Salah hampir menjaringkan gol tetapi ia dibatalkan kerana ofsaid selepas melihat rakaman VAR.

Salah bagaimanapun berjaya mengumpan untuk gol pembukaan Diogo Jota.

Ketika nama Salah dipaparkan di papan petunjuk, bintang Mesir itu jelas tidak gembira.

Dia kelihatan tidak memperdulikan Klopp dan menuju terus ke kerusi pemain simpanan.

Bercakap selepas perlawanan, Klopp menjelaskan dia tidak ada masalah dengan peny3rang itu sambil mengatakan dia membuat perubahan kerana “kami perlu lebih berhati-hati” mengenai kecergasannya.

Bos dari Jerman itu berkata: “Mo Salah biasanya senyum apabila meninggalkan padang, sesuatu yang tidak betul sudah berlaku.” – Agensi

1 Trackback / Pingback

  1. keto diet migraines

Comments are closed.