Rundingan Elak Berebut

Jurulatih skuad -22 negara, Brad Maloney, melabel dua pemain muda negara sebagai tonggak yang paling sibuk dengan tugasan negara selepas ini.

Apa tidaknya, Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal sempat menambat perhatian Tan Cheng Hoe menerusi peranan mereka dalam perlawanan antarabangsa bertemu Jordan dan Uzbekistan di Amman, minggu lalu.

Ia secara tidak langsung membuka ruang buat mereka untuk tersenarai dalam senarai akhir ke Piala AFF pada Disember depan.
Bagi mengelak sebarang perebutan khidmat dua pemain itu, perbincangan telus perlu diadakan demi menjamin keperluan pasukan untuk khidmat mereka, bermula kempen kelayakan Piala Asia B-23, hujung bulan ini.
sumber:- astro arena

“Bagus untuk mereka dapat mewakili pasukan senior, ia satu perkembangan semula jadi, dari pasukan B-22 ke skuad utama.”Kami akan membuat perbincangan untuk mengatur pemain-pemain ini,” katanya selepas tamat perlawanan ujian dengan Negeri Sembilan di Subang Jaya, petang semalam.