Perkara itu didedahkan sendiri oleh pembantu jurlatih

Malaysia dan Thailand akan bertemu satu sama lain untuk perlawanan terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Kumpulan G pada awal pagi 16 Jun (12:45am waktu Malaysia).

Selepas tujuh perlawanan dilalui, kedua-dua pasukan kini terikat dengan sembilan mata. Thailand memiliki kelebihan jaringan untuk menduduki tangga ketiga Kumpulan G, dan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe pula berada di kedudukan keempat.

Ini tidak bermakna perlawanan ini tidak membawa sebarang makna lagi kerana pemenang akan mendapat laluan lebih mudah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023, tanpa perlu melalui play-off.

Walaupun tewas dalam pertemuan di Kuala Lumpur dua tahun lalu, kali ini Akira Nishino yakin mampu mendapatkan keputusan positif men3ntang pasukan negara.

Laporan media di Thailand berkongsi kini pengendali dari Jepun itu sedang rancak memperincikan taktikal khisis untuk perlawanan men3ntang Malaysia dengan fokus bersandarkan kepada corak permainan meny3rang, selain menjitukan persefahaman di dalam pasukan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pembantu jurlatih skuad Gajah P3rang, Anurak Srikerd baru-baru ini. Srikerd mendedahkan persiapan rapi sedang dilakukan oleh pasukannya selepas menyaksikan aksi Malaysia yang berkesudahan dengan kekalahan 1-2 kepada Vietnam.

“Kami telah mengkaji corak permainan pasukan Malaysia, dan juga pemain mana yang mungkin akan diturunkan mereka men3ntang kami selepas ini,” kata Sriked seperti yang dipetik daripada portal thairath.co.

Mereka [Malaysia] mempunyai pemain yan bagus di setiap posisi, terutamanya dari kalangan pemain naturalisasi. Kami akan berhadapan dengan barisan pemain yang mempunyai kelebihan fizikal. Kami perlu menghadapi itu secara berpasukan. Kebanyakkan keyakinan di kalangan pemain muda kami terutamanya mulai kendur [selepas kekalahan kepada UAE]

Tetapi 3 mata men3ntang Malaysia amat berharga. Ia akan mempengaruhi kedudukan kumpulan di pusingan kelayakan Piala Asia 2023. Saya tetap yakin kami mampu melakukannya selepas 45 hari bersama.

Ditanya mengenai siapakah pemain naturalisasi paling dig3runi di dalam skuad Harimau Malaya, Anurak Srikerd yang turut dikenali sebagai Coach Jun berkata: Striker mereka yang beraksi sebagai target man, dan pemain pertahanan mereka nampak kuat.

“Untuk memvsnahkan pasukan seperti ini, kami harus bekerja sebagai satu pasukan, dan menang dengan corak permainan meny3rang yang berkualiti,” ujar beliau lagi.

Srikerd juga tida risau akan tekanan yang perlu dihadapi barisan pemain Thailand ketika berhadapan Malaysia asalkan setiap pemain saling memberikan sokongan dan kepercayaan antara satu sama lain.