Penyer@ng Dari Brazil Bakal Sertai Pasukan Liga Super

Melaka United membuat perubahan di bahagian ser@ngan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini apabila bakal meminjam seorang peny3rang dari Brazil.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain pinjaman yang dimaksudkan ialah Giovane Gomez, peny3rang berusia 25 tahun yang ketika ini beraksi bersama kelab divisyen empat Brazil, Caxias-RS.

Melaka memutuskan untuk menggantikan peny3rang import sedia ada dengan pemain baharu ekoran prestasi kurang member@ngsangkan yang ditampilkan oleh Stefan Nikolic dan Alex Goncalves.

Nikolic dan Goncalves dilihat berg3lut untuk beradaptasi dengan saingan Liga Malaysia selain gagal untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Melaka kini menghuni tangga ke-11 dalam carta Liga Super sekaligus menduduki zon peny!ngkiran selepas hanya mengutip 11 mata selepas menghadapi 13 perlawanan.