Jika juara mahu ‘gantung but’

Kejayaan menjulang Piala Malaysia edisi ke-100 pasti menjadi hadiah persaraan yang terbaik sekali gus menutup karier penuh gemilang buat pertahanan ‘otai’ KL City FC, Shukor Adan.

Jelas pertahanan berpengalaman itu, dia sama sekali tidak menyangka akan berpeluang untuk beraksi di pentas piala berprestij itu ketika dia sudah pun menginjak usia 42 tahun ketika ini.

Walaupun kurang minit permainan tetapi jurulatih (Bojan Hodak) tetap percaya dan meletakkan saya dalam skuad. Ia bukan satu perkara yang mudah.

Kalaulah ditakdirkan KL City FC menang esok, dengan ini saya umumkan persaraan saya dan ini tahun terakhir sebagai pemain bola sepak profesional.

“Ini adalah sesuatu yang saya mahu capai di penghujung karier saya. Jika saya tidak diturunkan pun, saya tetap berbangga dengan KL City FC,” katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sebelum ini, bekas kapten skuad kebangsaan itu sudah menjulang empat kejuaraan Piala Malaysia iaitu dua bersama Selangor dan dua bersama Negeri Sembilan.

Mengulas aksi penentuan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), bekas pertahanan FELDA United itu yakin rakan sepasukannya tetap bersemangat tinggi seperti yang sudah ditunjukkan sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

Jurulatih sentiasa memberi motivasi yang tinggi kepada pemain dan pemain menyahut cabaran yang dilontarkan kepada mereka.

sumber:- BH

“Skuad ini dibarisi pemain muda, jadi mereka semua sudah memberikan yang terbaik. Mereka layak untuk berada di final,” katanya.