Masih Dalam Perbincangan

Usaha Brad Maloney untuk mendapatkan khidmat Luqman Hakim Shamsudin, Mukhairi Ajmal, Quentin Cheng dan Hakimi Abdullah lebih awal masih dalam perbincangan.

Empat pemain utama itu kini menjalani kuarant!n 14 hari selepas tugasan dengan skuad senior negara di Amman, Jordan, minggu lalu, lantas belum dapat mengikuti persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia B-23 yang bermula Khamis depan.

Ini kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan masih menunggu lampu hijau daripada  (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami cuba menyerap mereka dalam pasukan dengan secepat mungkin tapi ia masih dalam perbincangan dengan pihak yang berkenaan,” kata jurulatih pasukan pelapis negara itu di Nadi Arena.

Selain empat nama terbabit, perbincangan juga sedang diadakan untuk mendapatkan khidmat Wan Kuzri Wan Kamal yang berada di Amerika Syarikat serta V Annil dari Jerman.

Daripada segi latihan bersama di Malaysia, ia mungkin tampak sukar tetapi andai kelibat kedua-dua pemain itu berjaya dibawa ke Mongolia, jurulatih kelahiran Australia tersebut menganggap mereka sebagai tenaga tambahan buat skuad sedia ada.

sumber:- astro arena

“Sudah pasti kalau mereka boleh bermain bersama kami adalah sesuatu yang lebih bagus.”Perkara ini masih dalam perbincangan kerana ia melibatkan perjalanan, logistik dan kuarantin. Semua ini dalam pertimbangan.”