Kesebelasan Utama Malaysia berdepan Thailand

Awal pagi esok, skuad Harimau Malaya akan men3ntang Thailand di Stadium Al-Maktoum, Dubai. Ini merupakan perlawanan terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan kemenangan sangat penting untuk merebut slot pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, tugas berat sedang menanti anak buah Tan Cheng Hoe apabila mereka beraksi tanpa khidmat Corbin Ong, Syamer Kutty dan Mohamadou Sumareh. Ketiga-tiga pemain ini digantvng satu perlawanan kerana mengutip kad kuning kedua.

Pasti menarik untuk melihat apakah perancangan Tan Cheng Hoe menghadapi perlawanan ini dan seorang pemain muda dijangka akan berada dalam kesebelasan utama.

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya berdepan Thailand:


MALAYSIA (Formasi: 4-2-3-1)

Setelah bolos 6 gol dalam dua perlawanan awal menentang UAE dan Vietnam, bahagian pertahanan akan mengalami sedikit rombakan dan Khairul Azhan dijangka menggantikan tempat Farizal Marlias di posisi penjaga gol.

Ketiadaan ‘backup’ untuk posisi pertahanan kiri bagi menggantikan tempat Corbin Ong bukanlah satu masalah kerana Dion Cools mampu beraksi di posisi tersebut namun Syahmi Safari mungkin menjadi pilihan Tan Cheng Hoe untuk mengisi kekosongan itu berdasarkan perlawanan persahabatan men3ntang Kuwait bulan lalu.

Ketiadaan Syamer Kutty memberi peluang kepada Azam Azih untuk berada dalam kesebelasan utama berganding dengan Brendan Gan atau Liridon Krasniqi.

Manakala tempat Sumareh sebagai sayap kanan mungkin akan diisi oleh Arif Aiman berdasarkan persembahannya yang cukup meyakinkan ketika men3ntang Vietnam. Kemerosotan prestasi Safawi sangat membimbangkan dan tidak mustahil Tan Cheng Hoe menggantikannya dengan Luqman Hakim.

Meskipun dikrit!k hebat oleh peminat, Guilherme De Paula tetap menjadi pilihan di bahagian s3rangan dan ini merupakan peluang terakhirnya untuk membuktikan kemampuan dengan mer0bek gawang Thailand.