Kemenangan Pertama JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berhasrat membvru kemenangan pertama semasa men3ntang Ratchaburi FC bagi aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada Jumaat.

Ketua Jurulatihnya, Benjamin Mora yang mengkaji aksi pasukan tuan rumah itu berpandangan bahawa skuad bimbingannya mampu meraih keputusan positif jika Harimau Selatan mengekalkan prestasi dipamerkan ketika men3ntang Nagoya Grampus.

Namun, beliau mahu anak buahnya melupakan kekecewaan pada perlawanan pembukaan men3ntang kelab Jepun itu dan memberi tumpuan penuh ke arah pertemuan men3ntang kelab Thailand tersebut.

Menurutnya, hanya soal kemenangan berlegar dalam mindanya ketika melangkah ke kempen ACL musim ini dan berharap kejayaan mengutip tiga mata pada Jumaat mampu membantu JDT untuk melangkah lebih jauh dalam saingan tersebut.

Kami perlu menjangkakan untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan, itu menjadi resolusi kami bersaing pada kejohanan kali ini.

Memang benar apa-apa boleh berlaku dalam tempoh 90 minit itu. Jadi, kami akan buktikan kemampuan kami tanpa ragu-ragu dan sebulat tekad memastikan kemenangan berpihak kepada kami.

“Kami juga akan cuba menjadi pasukan yang lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini dan perlawanan yang seterusnya dan akan lihat sejauh mana kita mampu mengorak langkah,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Sementara itu, penjaga gol JDT, Farizal Marlias berkata, mereka mempunyai banyak maklumat tentang pasukan lawan yang dilihat cukup membantu Harimau Selatan untuk merangka perancangan ampuh men3ntang kelab Thailand itu.

Ratchaburi banyak persamaan dengan JDT. Mereka bermain corak permainan pantas dan dibarisi pemain teknikal yang bagus dan berkualiti, sama seperti kami.

“Kami sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal menjelang pertemuan itu dan berharap dapat mempamerkan aksi yang lebih baik. Siapa pun lawan kita, ia tidak mengubah fokus kami untuk memberi tumpuan penuh di atas padang,” ujarnya.

Kedua-dua pasukan masih belum mengutip sebarang mata setelah tewas pada perlawanan pembukaan dua hari lalu.