Cristiano Ronaldo ‘koyak’

Liverpool mudah memb3lasah Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford yang menyaksikan striker sensasi tuan rumah, Cristiano Ronaldo naik angin dan hilang sabar ketika berebut bola dengan Curtis Jones.

Ketika permainan babak pertama hampir tamat dan kedudukan 3-0, percubaan Ronaldo diselamatkan penjaga gol Liverpool, Alisson sebelum Jones yang berusia 20 tahun memenangi pertarungan bola dengan bintang Portugal itu.

Striker Manchester United itu yang jelas kecewa melihatkan situasi tidak menyebelahi pasukannya mengasari Jones yang terjatuh di atas padang dengan menyepak bola yang ‘melekat’ di badan bintang muda Liverpool.

Tindakan itu mengundang kemarahan Jones dan dia bersama beberapa rakan sepasukan seperti Virgil van Dijk dan Andy Robertson mengelilingi Ronaldo sambil mengecam pemain itu yang dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Anthony Taylor.

sumber:- BH

Kekalahan terbesar itu adalah yang kedua sepanjang karier Ronaldo selepas kali pertama pada November 2010 ketika beraksi bersama Real Madrid yang tewas 0-5 kepada Barcelona.