Bukan Liridon tapi Baddrol – TMJ

Pernah satu ketika peminat bola sepak Malaysia heboh menceritakan dan membincangkan ‘self proclaimed’ oleh Liridon yang menggelarkan dirinya legenda Kedah.

Liridon Krasniqi dalam kenyataan rasmi di akaun facebook beliau berkata:

“Kepada semua keluarga Kedahku, dengar di sini elok-elok, ini legenda kamu, Matdon bercakap.”

Ramai yang berbagi pandangan tentang hal itu. Bekas Presiden FAM yang juga pemiliki JDT, TMJ menyatakan beliau mengiktiraf Baddrol Bakhtiar sebagai legenda Kedah yang sebenar, bukannya Liridon.

TMJ berkata:

“Saya tak pernah lihat lagi pemain bola sepak mengiktiraf diri mereka legenda.”

“Seorang legenda itu akan memberikan inspirasi, legenda memenangi trofi, legenda tak akan menyalahkan orang lain, dan legenda tak akan bergaduh dengan rakan sepasukan.”

sumber: semuanyabola

“Dan legenda Kedah yang sebenar ialah Baddrol Bakhtiar.”

TMJ turut menyatakan rasa kagum dan hormat baginda kepada Baddrol Bakhtiar.