Bakal Jadi JDT

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa berpendapat Kelantan FC mampu untuk mencapai tahap seperti yang telah dikecapi kelab g3rgasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada satu hari nanti.

Menurut sumber dikeluarkan Berita Harian (BH) Online, Mohd Sadek yang juga merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam itu melihat tidak mustahil buat Kelantan sekiranya melihatkan kepada visi pemilik kelab, Norizam Tukiman.

Sebaik mengambil alih pegangan saham kelab tersebut, Norizam atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham telah merencana strategi atau perancangan jangka masa panjang buat Kelantan.

Selain Kelantan, Mohd Sadek turut mengakui Melaka United juga mampu untuk mengikuti jejak langkah JDT susulan langkah berani diambil dalam menjual pegangan saham kepada syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn. Bhd. (KenTEAM).

Ya (Kelantan dan Melaka) bergerak ke arah JDT. Jadi, kita harap semua FC perlu keluar dari kepompong meraih bantuan daripada kerajaan negeri dan perlu berkorban. Kalau tidak isu kewangan (seperti masalah gaji) akan terus jadi dvri dalam dag!ng.

“Kita boleh beri satu tepukan kerana mereka berani keluar daripada kepompong lama. Saya tengok sasaran Norizam dalam lima tahun ke Liga Super realistik, sebab dia bermula dari bawah dan tidak berbelanja besar,” ujar Mohd Sadek bercakap kepada Berita Harian.

“Kita juga nampak peta hala tuju Kelantan berlandaskan FC, maksudnya dia (Norizam) bercita-cita nak buat gelanggang latihan dan bangunkan kelab. Mungkin kita akan nampak pelaburan yang besar seperti yang berlaku dekat JDT.”

“Kelantan tak mustahil boleh jadi macam JDT tapi Melaka United saya tak pasti sebab ia belum memiliki penuh pegangan oleh entiti yang melabur,” tambah Mohd Sadek lagi.

Dalam perkembangan sama, Mohd Sadek turut berpendapat semua pasukan dalam saingan Liga Malaysia mencontohi apa yang sedang dilakukan oleh Kelantan dan Melaka United.