Apa Yang Berlaku?

Tiga perlawanan sudah kita lalui secara meritnya di UAE dan satu aksi tidak rasmi, kelibat Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh masih tidak dirasai sehingga kini.Apa yang berlaku? Masihkah perlu kita sandarkan harapan kepada mereka berdua yang jelas bergelut sepanjang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang kembali bersambung? Mereka gagal menghadirkan b@haya kepada pihak lawan.

Kita tewas dalam semua perlawanan setakat ini. Bermula dengan tewas 1-4 kepada Kuwait dalam aksi tidak rasmi, 0-2 kepada Bahrain, 0-4 kepada UAE dan 1-2 kepada Vietnam, awal pagi tadi. Masalah yang jelas terlihat adalah jumlah jaringan gol.Kemunculan julung kali striker  naturalisasi pertama negara, Guilherme de Paula diharapkan dapat merubah sentuhan jentera s3rangan kita, tetapi sebaliknya berlaku. Hanya satu gol beliau telah hasilkan, itupun hanya menerusi sepakan penalti.

Peluang keemasan yang dicipta Nazmi Faiz gagal disudahkannya dengan baik. Jika tidak, perjalanan perlawanan mungkin akan berlainan. Impak gol penaltinya itu hanya ala kadar, kecuali buat dirinya yang nampaknya boleh berlari sangat deras!Kembali kepada isu Safawi Rasid dan Sumareh, dua pemain sayap meny3rang yang mungkin ditakuti lawan kerana ‘reputasi’ mereka. Lawan tentu membuat ulangkaji berulang kali untuk melihat gaya permainan mereka berdua sebelum perlawanan.

Pengendali Tan Cheng Hoe masih mempertaruhkan mereka berdepan Vietnam. Jelas, beliau lebih percayakan pemain-pemain yang sudah ada nama berbanding yang ada minit permainan di liga seperti Arif Aiman yang dibawanya bersama ke UAE.

Walaupun sudah tiga perlawanan, aksi mereka hanya sederhana atau boleh dikatakan tidak menyumbang kepada gerakan ke kubu lawan, kudrat mereka masih diharapkan. Saranan bekas pemain Harimau Malaya, Hairuddin Omar juga berlalu sepi.Ya, pastinya hak mutlak pemilihan pemain adalah terletak di bahu Cheng Hoe. Tetapi, persembahan biasa-biasa kedua-duanya tentu sudah dikenalpasti olehnya sejak awal lagi di bumi Dubai. Mengapa masih disandarkan harapan kepada mereka berdua?

Untuk aksi berdepan Vietnam, Safawi Rasid hanya membuat satu hantaran lintang sepanjang 45 minit bermain. Mungkin bukan tugasnya untuk membuat hantaran lintang, bagaimana dengan percubaan ke gol? Hanya satu percubaan diciptanya.

Paling mengecewakan, beliau hanya berlegar di luar kotak penalti dan tiada kelibatnya dalam kotak penalti lawan. Jadi, jika tidak masuk ke dalam kotak penalti, di mana hantaran lintang yang masuk menerusinya ke dalam kotak penalti lawan?

Beliau juga hilang bola sebanyak 12 kali, ketiga terbanyak di kem skuad negara selepas dua bek sisi, Corbin Ong dan Matt Davies. Sumareh juga banyak kali kehilangan bola, iaitu 10 kali dan lebih teruk, beliau tiada langsung hantaran lintang atau percubaan.

Ini hanya berdasarkan aksi ketika berdepan Vietnam yang secara kasar dilihat mereka bermain sedikit lebih baik berbanding sebelum ini. Apa impak yang dibawa masuk oleh Akhyar Rashid dan Arif Aiman yang telah masuk menggantikan mereka berdua?

Untuk Arif Aiman, beliau bermain selama 29 minit, masuk menggantikan Sumareh di minit ke-61. Walaupun tidak masuk ke kotak penalti lawan sebagaimana Safawi Rasid dan Sumareh, beliau tetap menghadirkan anc@man menerusi hantaran lintang.

Beliau membuat tiga hantaran lintang dengan dua daripadanya adalah tepat. Arif Aiman juga mencipta dua key passes, tertinggi dalam kem skuad kebangsaan dan kedua terbanyak dalam perlawanan selepas Doan Van Hao tiga key passes.

Untuk Akhyar Rashid, beliau mungkin tidak bermain sebagai pemain sayap tetapi lebih kepada inside forward apabila kelibatnya sentiasa ada dalam kotak penalti lawan. Beliau juga memiliki tiga percubaan, dua daripadanya tersasar daripada gawang.

Jika melihatkan kepada statistik itu, jelas Akhyar Rashid lebih baik berbanding Safawi Rasid dan Sumareh. Ya, mereka masuk sebagai pemain gantian, tentunya pemain Vietnam sudah penat dan mereka berdua berjaya menghidupkan jentera sisi.Tetapi jangan dilupakan, Safawi Rasid dan Sumareh tidak berada dalam match fitness terbaik mereka. Dalam liga musim ini, kedua-duanya hanya tampil berapa kali?

Empat pemain gagal mencapai separuh minit permainan dalam saingan liga iaitu Liridon Krasniqi (12 peratus), Syamer Kutty Abba 19 peratus, Safawi Rasid 30 peratus dan yang paling rendah adalah Mohamadou Sumareh iaitu 8 peratus.Jadi, diharapkan akan ada perubahan di jentera sayap skuad kebangsaan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan Thailand. Sudah jelas yang Safawi Rasid dan Sumareh tidak menjadi kali ini dan inilah masa untuk mencuba wajah baharu.