Apa kata jurulatih Ratchaburi mengenai JDT

Kelab Thailand, Ratchaburi FC tekad buru 3 mata apabila dijadualkan bertemu wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan kedua AFC Champions League 2021 (ACL) di Stadium Rajamanggala malam ini.

Kekalahan 0-2 kepada Pohang Steelers ketika aksi pembukaan tidak mematahkan semangat mereka untuk terus bersaing membvru kedudukan terbaik dalam penampilan pertama ACL musim ini.

“Kami ingin buktikan kami mampu bersaing dengan pasukan terbaik di Asia dan saya percaya pemain akan tunjukkan aksi sebenar di atas padang. Kami ada sedikit masalah ketika men3ntang Pohang dan beberapa pemain masih berdepan kesukaran dalam perlawanan pertama ACL,” kata jurulatih Ratchaburi, Sek-san Siripong kepada AFC.

Mengulas mengenai pertemuan men3ntang JDT, Siripong yakin pasukannya akan mengutip 3 mata dan mengakui sangat mengenali corak permainan pasukan dari Malaysia.

Ini pengalaman baru untuk pasukan dan pemain tidak sabar turun men3ntang JDT. Pasukan dari Malaysia mempunyai gaya permainan yang serupa dengan kami dan kami sudah biasa dengan pendekatan mereka.

JDT adalah pasukan yang sukar untuk ditandingi tetapi saya percaya dengan kebolehan pemain. Kami bermain di tempat sendiri dan pemain tahu tentang ini dan mereka bersedia menunjukkan apa yang mereka mampu buat.

“Kami ingin menunjukkan kepada semua orang bahawa Ratchaburi adalah salah satu pasukan Thailand terbaik dalam pertandingan ini,” jelasnya.

Sementara itu, pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora turut menyifatkan gaya permainan Ratchaburi sama seperti pasukan kebangsaan Thailand dan para pemainnya sudah bersedia untuk berdepan pasukan itu.

“Pasukan kami masih dalam keadaan terbaik dari segi mental dan fizikal. Melihat Ratchaburi, gaya mereka sangat mirip dengan bola sepak Malaysia dan pasukan kebangsaan Thailand.

“Mereka bermain di Liga Thailand dan berada di tahap yang lebih tinggi daripada kami, tetapi jujurnya ​​setelah menonton perlawanan antara Ratchaburi menentang Pohang, kami percaya bahawa kami memiliki peluang lebih baik untuk menghasilkan keputusan yang bagus,” katanya.