Wow Berselera Besar

KUALA TERENGGANU: Biarpun sedar sa!ngan hebat bakal dilalui dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, Terengganu FC (TFC) tekad untuk ‘menyapu bersih’ tiga piala dipertandingkan termasuk Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Keyakinan itu disuarakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain Terengganu FC di Dataran Batu Buruk, petang tadi.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, keyakinan itu bukannya cakap kosong sebaliknya disandarkan kepada barisan kejurulatihan dan pemain skuad terkenal dengan gelaran baharu ‘We Bleed Black and White’ itu.

“Sas4ran kita pada tahun ini sudah pasti mahukan lebih baik berbanding musim lalu, kita sasarkan kejuaraan semua piala yang dipertandingkan kerana bagi kami tidak salah untuk meletakkan sas4ran lebih tinggi.

“Lagipun dengan persediaan yang rapi termasuk barisan kejurulatihan diketuai Nafuzi Zain yang pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada 2001, sudah pasti mampu membawa cabaran kepada pasukan, ini ditambah dengan barisan pemain yang ada, sas4ran itu adalah realistik,” katanya pada majlis yang turut memperkenalkan pemain TFC II, TFC III dan TFC IV itu.

Pada majlis dihadiri lebih 1,000 peminat setia itu, TFC mempertaruhkan 27 pemain termasuk lima tonggak import sambil mengekalkan warna jersi sinonim dan menjadi identiti pasukan sejak sekian lama iaitu hitam putih.

“Jersi hitam putih adalah warna tradisi pasukan yang menjadi kebanggaan peminat setia pasukan, bagi jersi di gelanggang lawan, TFC membuat perubahan dengan warna biru gelap bagi memberi kesegaran dan mengharapkan perubahan positif kepada pasukan manakala warna kelabu menjadi jersi ketiga pasukan.

“Musim ini TFC sah beraksi di Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak sebagai gelanggang rasmi selepas kerja berkaitan selesai manakala Terengganu FC II (TFC II) akan bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, persiapan bagi kedua-dua stadium sedang giat dilakukan mengikut piawaian ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL),” katanya.

Beliau berkata, musim ini TFC melakukan langkah penjimatan perbelanjaan 25 peratus membabitkan lima pasukan termasuk pasukan futsal.

Sumber : BH