Wan Kuzain kini tiada Pasukan

Kelab Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City, semalam mengumumkan tidak akan menyambung kontrak Wan Kuzain Wan Kamal yang akan berakhir pada penghujung bulan ini.

Menurut kenyataan rasmi, Sporting mempunyai 20 orang pemain yang masih mempunyai kontrak sehingga tahun depan dan Wan Kuzain adalah antara 5 pemain yang dilepaskan oleh kelab tersebut.

Kelab buat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Eric Dick, Wan Kuzain, Winston Reid dan Richard Sanchez. Kontrak Matt Besler dengan kelab juga kini sudah tamat.

Sporting kini sedang berbincang dengan Roger Espinoza, Gerso Fernandes, Felipe Gutierrez dan Erik Hurtado mengenai masa depan mereka dengan kelab,kata kenyataan itu.

Wan Kuzain merupakan salah seorang produk Akademi Sporting Kansas, merupakan pemain ‘Homegrown’ ke 9 dalam sejarah kelab itu. Beliau mengikat kontrak sehingga tahun 2020 dengan pilihan lanjutan bagi tahun 2021 dan 2022. Namun, kelab itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya.

Kuzain juga muncul sebagai pemain ‘Homegrown’ pertama yang datang dari akademi tersebut ketika menyertai Swope Park Rangers dan seterusnya diambil untuk beraksi dalam pasukan utama.

Kuzin tampil dalam 61 perlawanan bersama pasukan ‘feeder club’, Sporting KC II dan pernah beraksi dalam 6 perlawanan MLS bersama skuad utama Sporting KC. Secara keseluruhan, beliau mempunyai 307 minit permainan dan menjaringkan 1 gol dalam MLS.

Berdasarkan data prestasi yang dipamerkan pada laman transfermarkt, Wan Kuzain tidak mempunyai minit permainan yang banyak pada musim 2020 kerana saingan Major League Soccer (MLS) sering tangguhkan disebabkan oleh penvlaran w@bak C0VID-19.

Bagaimanapun, beliau sempat diturunkan selama 19 minit pada perlawanan USL Championship 2020. Sepanjang bersama Sporting KC dari tahun 2017, Kuzain melakukan 67 penampilan dan mempunyai lebih 5000 minit permainan.

Selain itu, Kuzain juga mempunyai rekod 6 gol bersama pasukan itu dan pencapaian terbaik beliau ialah pada tahun 2018 dengan rekod 4 gol dalam 22 penampilan.

Pemain yang berusia 22 tahun itu pernah dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan Amerika Syarikat bawah 17 tahun (B-17) pada tahun 2013 dan skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) pada tahun lepas.

Tidak dapat dipastikan kemanakah hala tuju Wan Kuzain selepas ini dan peminat berharap beliau akan terus berkelana menyertai kelab di luar negara serta dipanggil memperkuatkan pasukan Malaysia satu hari nanti.

1 Trackback / Pingback

  1. keto breakfast no eggs

Comments are closed.