Video: Sepakan percuma cantik Firdaus

Inilah ‘David vs Goliath’ Shopee Piala FA 2019. Pertemuan pasukan Liga M4, Jerantut FA berdepan gergasi Liga Super yang juga juara Piala Malaysia 2018, Perak The Bos Gaurus.

Ramai menyangka Perak tidak akan berdepan masalah untuk menumpaskan Jerantut FA yang dibarisi pemain-pemain amatur sedangkan skuad Seladang menurunkan skuad terkuat mereka dengan beberapa pemain kebangsaan. Tetapi, nampaknya Jerantut FA yang terus mencuri perhatian.

Pemain ‘The Kampung Boys’, Firdaus Abdul Razak telah memberikan kelebihan buat Jerantut FA menerusi satu sepakan percuma pada penghujung babak pertama. Mungkin Firdaus sendiri tidak menyangka dia akan dapat menjaringkan gol menewaskan seorang penjaga gol kebangsaan. Biar apa pun yang berlaku sepanjang perlawanan ini, detik ini akan sentiasa menjadi satu sejarah buat Jerantut FA.

sumber: foxsports

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *