VIDEO: Jaringan solo Hadin Azman singkirkan Selangor

Seumpama jaringan solo Hatem Ben Arfa semasa menyarung jersi Newcastle United menentang Bolton Wanderers dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim 2011/12.

Begitulah dapat digambarkan mengenai jaringan yang dilakukan oleh Hadin Azman menentang Selangor pada pusingan ke-3 Shopee Piala FA di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Setalah menerima hantaran daripada rakan sepasukan, Hadin pantas melakukan larian solo daripada kawasannya sendiri. Kelajuannya gagal disaingi oleh bek kanan, Syahmi Safari dan seorang lagi pertahanan Selangor sebelum beliau melakukan rembatan rendah menewaskan Farizal Harun dari luar kotak penalti.

Gol yang dijaringkan oleh kapten pasukan Felda United FC pada minit ke-88 itu meletakkan pasukannya mendahului 2-1.

Tamat perlawanan, kedudukan tidak berubah dan Felda United FC berjaya menyingkirkan Selangor daripada saingan Shopee Piala FA 2019 seterusnya menempah tiket ke saingan suku akhir.

Anda boleh menonton larian solo Hadin Azman pada pautan di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *