United silap ‘hantar’ Sanchez ke Inter

LONDON: Perpindahan Alexis Sanchez secara pinjaman ke Inter Milan adalah ‘perjanjian yang buruk’ buat Manchester United, kata bekas peny3rang, Louis Saha.

Sejak tiba dari Arsenal pada Januari 2018, penyerang kelahiran Chile itu gagal menemui sentuhan terbaiknya di Old Trafford dan keputusan berkenaan diambil bagi membenarkannya mencari nafas baharu di kelab berbeza.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer berkata peluang pemain berusia 30 tahun itu pulang masih terbuka tetapi perjanjian yang menyatakan Red Devils perlu membiayai sebahagian besar beban bagi menghantarnya ke Itali, ia membuatkan Saha mempersoalkan perbincangan membabitkan perjanjian berkenaan.

Saha berkata dia memahami mengapa Sanchez menerima tawaran berkenaan berikutan persembahan buruknya di Old Trafford tetapi persoalannya adalah mengapa United seperti terdesak untuk mengetepikannya.

“Ia sesuatu yang aneh. Saya fikir Alexis berada dalam situasi di mana keyakinannya menurun,” kata Saha. “Terma perjanjian menunjukkan dia perlu berpindah.

“Dia seorang pemain yang hebat dan memiliki skil dan semangat yang hebat. Tetapi dia tidak dapat melakukannya untuk United, jadi perjanjian di mana United yang perlu membuat pembayaran adalah perjanjian yang buruk.

“Kamu boleh berfikir yang dia patut kekal dan membantu pasukan tetapi secara mental dia terlalu penat. Kerana itu dia mahu berpindah, dia tidak merasa dihargai. Ia amat sukar. Keputusannya tidak mampan.”

Sekali pun hanya mampu mel3dak lima gol sepanjang 45 penampilan bersama United, Sanchez berkata dia tidak meny3sal menyertai kelab itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *