UKM FC Dapatkan Khidmat

Pasukan Liga Perdana, UKM FC berjaya mendapatkan bekas peny3rang Terengganu, Akanni Sunday Wasiu bagi mengukuhkan jentera ser@ngan pasukan.

Setiausaha Kehormat UKM FC, Mohd Fairus Shafie berkata pasukan menandatangani Akanni kerana pengalaman yang dimiliki dan beliau berharap pemain berusia 36 tahun itu boleh membantu UKM bagi menghadapi baki saingan musim ini.

“Pengalaman Akanni Sunday Wasiu bersama dengan beberapa pasukan tempatan terutama Terengganu FC dan TFC II amat ditagih untuk membantu pasukan meraih pencapaian terbaik dalam liga dan layak beraksi di pentas Piala Malaysia musim ini.

“UKM baharu sahaja menamatkan tiga perlawanan dalam saingan Liga Perdana dengan satu kemenangan, satu seri dan satu tewas,” kata Fairus menurut laporan Harian Metro.

Saingan Liga Malaysia musim ini ditangguhkan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) merancang untuk menyambung semula liga musim ini dengan format berbeza di mana Liga Super dan Liga Perdana akan disambung pada 1 hingga 27 September 2020 dengan saingan secara separuh liga tanpa penonton.