Ubi Muda Malaysia Ikut Jejak Zinedine Zidane

KUALA LUMPUR: Perancis menjadi destinasi seterusnya untuk ubi muda Malaysia memperagakan bakat selepas seorang lagi anak Malaysia, Aqil Arazi Aziz diterima menyertai pasukan divisyen lima Perancis, AS Cannes.

Perkembangan itu dimaklumkan pemain berusia 17 tahun itu menerusi laman Instagramnya, kelmarin.

Dalam kemaskini sama, dia turut memuatnaik gambar lesen pengesahan yang diterima daripada Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) yang membolehkan dia beraksi bersama pasukan itu musim 2020-21.

Langkah pertama. Setelah dua bulan menjalani latihan dan pemilihan, saya telah diterima dan didaftarkan untuk bermain di kelab AS Cannes di Perancis.

Langkah seterusnya adalah untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, katanya.

Sebagai rekod, skuad yang bergelar Les Drag0ns itu ditubuhkan pada 1902 dan beraksi dalam saingan Championnat National 3 dengan pasukan itu ketika ini dikendalikan Jean Noel Cabezas.

Antara pemain ternama dunia yang pernah dilahirkan pasukan itu adalah bekas pemain tengah terbaik dunia yang ketika ini menjadi pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira dan pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) tiga kali, Gael Clichy.

Justeru, pemain itu jelas teruja untuk memulakan kariernya bersama AS Cannes dan menjadikan tiga produk pasukan itu sebagai sumber inspirasi untuk memb@kar semangatnya.

Mengikut jejak langkah legenda bola sepak. AS Cannes kelab bermulanya l3genda bola sepak Zinedine Zidane, Patrick Vieira dan Gael Clichy.

Tak dapat nak banding dengan semua l3genda ini. Tetapi tak mengapa saya akan tetap buat yang terbaik, katanya.

Ketika ini, beberapa anak Malaysia lain turut berkelana di Eropah antaranya Luqman Hakim Shamsudin (Belgium), Safawi Rasid (Portugal), Ahmad Mubashshir Azizi, Allee Putra Azril, Aniq Asri Nasharudin Elias, M Devekumaran (Sepanyol), Omar Raiyan Kama Azlan (Serbia) dan Muhammad Diniz Irwan (Jerman).