Tonggak JDT sarung jersi Tok Gajah

Tonggak JDT sarung jersi Tok Gajah. Harimau Selatan hulur bantuan kepada Tok Gajah.

Nampaknya pasukan Pahang telah mendapat bantuan daripada Johor Darul Ta’azim (JDT) bagi memperkuat pasukan untuk sa!ngan Liga Super 2020.

Pasukan JDT dalam satu kenyataan oleh Pengarah Teknikal mereka, Alistair Edwards telah mengumumkan bahawa dua pemain mereka, Fazly Mazlan dan S. Kumaahran akan dipinjamkan kepada pasukan Pahang untuk sa!ngan Liga Super 2020.

Fazly Mazlan dan Kumaahran sebelum ini telah memperkuat pasukan JDT II yang beraksi di Liga Premier dan muncul juara Piala Cabaran pada musim lalu. Kedua-dua pemain ini juga pernah memperkuat skuad Harimau Malaya dan pengalaman mereka pastinya ditagih oleh Tok Gajah untuk membantu mereka.

Pasukan Pahang telah kehilangan beberapa pemain utama mereka seperti Wan Zaharulnizam, Safuwan Baharudin,Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha. Namun begitu, Pahang juga sudah mendapatkan dua pemain berpengalaman iaitu bekas penjaga gol Kuala Lumpur, Sharbinee Allawee dan juga bekas pemain mereka, Muhammad Gopi Rizqi.

Selain Fazly dan Kumaahran, Pahang juga dikhabarkan akan mendapatkan khidmat pemain berketurunan Filipina-Inggeris, Adam Reed yang pernah beraksi untuk pasukan Liga Inggeris dan juga bekas pemain Persija Jakarta dari Brazil, Ivan Carlos Franca Coelho. Satu-satunya pemain import yang sudah sah kekal bersama Pahang untuk musim 2020 adalah pemain pertahanan musim lalu, Herold Goulon.

Kredit foto: Johor Southern Tigers / Sumber berita : foxsport