Tondela Rezeki Safawi

KUALA LUMPUR: Tak main bukan bermakna tak berkualiti! Itu penegasan yang diberikan pengkr!tik bola sepak tempatan, Dr Zulakbal Abd Karim selepas striker prolifik negara, Safawi Rasid perlu menunggu lagi sebelum dapat beraksi bersama skuad utama Portimonense SC yang beraksi dalam Primeira Liga di Portugal.

Untuk itu, penyokong perlu menahan kegha!rahan mereka dan bersabar dengan situasi semasa sekalipun ketika ini Safawi masih lagi belum berpeluang memperagakan tar!ngnya bersama pasukan itu selepas menyertai sesi latihan dalam masa singkat.

Kita perlu bersabar kerana ini bukanlah satu perkara yang biasa untuk pemain Asia Tenggara beraksi di liga utama Eropah. Kita pun bukanlah satu negara yang boleh dianggap kuasa besar bola sepak. Jadi segala-galanya memerlukan penelitian yang mendalam.

Pasukan di Liga Portugal itu sudah berada dalam era profesional yang lebih baik dan mereka lebih tahu apa yang perlu mereka lakukan. Apabila Safawi belum lagi diberi peluang, bukan bermakna Safawi tidak bagus di mata mereka tetapi mungkin mereka melihat belum tiba masanya lagi.

Penyesuaian diri perlu diambil kira kerana kita harus ingat dia kini berada dalam situasi yang 100 peratus berbeza berbanding di sini. Berilah masa kepada dia dan penyokong pun jangan letakkan tekanan yang tidak sepatutnya.

Kalau Portimonense SC tidak percaya pada kemampuannya, buat apa mereka memantau perkembangan Safawi dan mengikat pemain itu untuk semusim. Apapun, saya yakin masa Safawi akan tiba juga nanti, katanya.

Terdahulu, harapan tinggi yang diletakkan penyokong bola sepak tempatan untuk melihat pemain kelahiran Dungun itu membuat penampilan pertama bersama pasukan utama Portimonense SC tidak kesampaian selepas pemain itu tidak disenaraikan pada aksi men3ntang SC Maritimo, kelmarin.

Sebaliknya, pemain itu membuat penampilan pertama di bumi Eropah selepas diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC men3ntang skuad B-23 Sporting Lisbon yang berakhir dengan kekalahan 3-1 buat Portimonense SC.

Bagaimanapun, laporan media Portugal menyebut prestasi Safawi sememangnya cemerlang pada sesi latihan dan berjaya menarik minat barisan kejurulatihan pasukan itu sekali gus memberi petanda positif buat pemain berusia 23 tahun itu.

Selepas aksi bertemu CS Maritimo kelmarin yang berkesudahan mereka menang 2-1, skuad bimbingan Paulo Sergio itu akan bertemu Tondela di tempat lawan, Sabtu ini disusuli aksi bertemu Santa Clara di laman sendiri pada 1 November.

Tumpuan pasti akan terarah pada aksi bertemu Tondela memandangkan penyokong sudah tentu mahu melihat Safawi diturunkan pada aksi terbabit.

Ketika ini, Portimonense SC menghuni tangga ke tangga ke-12 Primeira Liga selepas menghimpun empat mata daripada empat perlawanan.