‘Tolong Lepaskan Saya’

KHABIB Nurmagomedov mendedahkan apa yang diminta Conor McGregor ketika dia sedang ‘mengunci’ lawannya itu pada pertemuan epik 2018.

Petarung berusia 31 tahun itu berjaya mempertahankan kejuaraan lightweight UFC dengan menewaskan McGregor pada UFC 229 dua tahun lalu.

Khabib mendakwa McGregor ‘tidak mahu berada’ di pentas pertarungan itu dan merayu supaya melepaskan kuncian yang dilakukan Khabib di lehernya.

“Sejujurnya saya tidak berasakan dia mahu bertarung. Jadi bagaimana? Saya menewaskannya hanya selepas empat pusingan.

“Saya menewaskannya menerusi kuncian. Ia menunjukkan dia tidak mahu lagi bertarung. ‘Tolong lepaskan saya’, itu yang dikatakannya.

“Jadi bagaimana sekarang dia mahu meminta perlawanan semula dengannya?,” katanya.

McGregor dilihat begitu bersemangat meminta perlawanan ulangan dengan Khabib.

Presiden UFC, Dana White pernah mengakui bahawa McGregor mungkin tidak boleh bersabar untuk menunggu gilirannya bertemu Khabib sekali lagi.

“Saya tidak pasti jika McGregor mampu menunggu Khabib. Kita sama-sama saksikan nanti,” katanya.