TMJ Tampil Memberikan Kenyataan Tindakannya

Selepas media sosial kecoh dengan ‘p3rang’ yang berlaku disebabkan isu prestasi penyerang kebangsaan Safawi Rasid yang merosot pada musim ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim tampil memberikan kenyataan mengenai tindakannya.

Beliau menjelaskan keberadaan Safawi sebagai salah seorang pemain terbaik di negara ini lahir daripada tahap profesionalisme yang diterapkan oleh kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Beliau seorang pemain yang sangat berbakat serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan saya yakin beliau akan membuat keputusan-keputusan yang akan membantunya berjaya.

“Sepertimana dengan setiap individu yang merupakan sebahagian daripada Keluarga JDT, saya akan sentiasa bersama Safawi dan kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi.” tulis Tunku Ismail dalam akaun media sosial kelab tersebut.

Ia sekaligus mengesahkan isu yang telah berlaku sama sekali tidak menjejaskan hubungan di antara pemilik JDT itu dengan pemain berusia 23 tahun itu. Malah Safawi terus mendapat kepercayaan penuh untuk terus menjadi watak penting pasukannya.

Setiap perubahan positif kecil yang kita buat dalam diri kita akan memberi kita keyakinan pada masa hadapan….

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, March 31, 2019

Kontroversi timbul selepas TMJ memuat naik ‘story’ dalam akaun instagram miliknya yang menyalahkan seorang pelakon wanita yang didakwa memaksa Safawi untuk berkahwin dengannya dan menyebabkan pemain yang menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) itu hilang tumpuan di atas padang.

Bagaimanapun ianya segara dinafikan oleh wanita berkenaan dan Safawi juga telah memohon maaf kepada semua pihak di atas kemerosotannya dan berjanji untuk meningkatkan prestasinya untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, August 23, 2019

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora pula mempertahankan sumbangan Safawi Rasid, dan bertanggapan pemain itu telah memainkan peranan penting ketika JDT menerwaskan Suwon Bluewings di pertandingan Liga Juara-Juara AFC baru-baru ini.

sumber: semuanyabola

Semoga segala perselisihan yang berlaku dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan pemain harapan skuad Harimau Malaya ini dapat kembali mempamerkan kemampuannya yang sebenar.