TMJ Mendedahkan Sebab Sebenar

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan sebab sebenar beliau berminat untuk membeli beberapa saham kelab-kelab elit di Eropah.

Ini selepas beliau menyatakan hasrat untuk membeli saham kelab dari England, Manchester United.

TMJ berkata, beliau berbuat demikian kerana menganggap ia sebagai satu pelaburan dan akan memberi manfaat kepada beliau sebagai pemilik kelab bola sepak dan juga JDT.

“Minat itu memang dah lama,” katanya kepada Berita Harian.

“Tapi sudah tentu sebelum membuat sebarang pelaburan, kami harus membuat penilaian…yang mana sesuai dan yang mana tidak sesuai. Semua itu ada kebaikan dan keburukan.

“Dan saya rasa sekadar ekuiti saham yang kecil, saya akan membuka ruang bukan sahaja kepada diri saya sebagai pemilik kelab, malah ia akan memberi manfaat kepada JDT.

“Macam di Valencia ada kebaikan dan keburukan, di Manchester United juga ada kebaikan dan keburukan sama seperti di AC Milan. Semua itu saya kena buat buat penilaian.”

Beliau juga mengakui sedang memikirkan untuk membeli saham Man United.

“Kenapa saya sebut Manchester United sebab saya tahu ada tawaran dalam dua atau lima peratus. Malah kelab berkenaan mempunyai sejarah tersendiri dan akan memakan masa yang lama seandainya nilai komersil jatuh.

“Manchester United kelab yang begitu ampuh dan sebab itu saya rasa akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan kelab berkenaan. Kita tengok bagaimana saya rasa tawaran yang lebih menarik pada masa akan datang.

“Ya .. pasti akan ada pegangan saham kelab-kelab di Eropah. Tapi kelab yang elit dan saya tak nak kelab yang divisyen dua atau kelab bawahan. Itu adalah cita-cita saya daripada dahulu.”

sumber: football

Dalam pada itu, TMJ berkata proses pemilikan Valencia masih di peringkat awal kerana beliau enggan mengambil alih kelab itu yang masih berdepan dengan masalah.

“Jika masalah pandemik COVID-19 selesai, saya akan ke Eropah seperti saya lakukan sebelum ini untuk berbincang dengan beberapa kelab… tunggu sahajalah.”