TMJ Membidas Sikap Gemar Melakukan Prov0kasi Terhadap JDT

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kembali melemparkan kritikan terhadap pengurusan pasukan Selangor dimana beliau berpendapat hanya Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yang ikhlas menjalankan tugas.

TMJ berkata demikian menerusi laman Instagram Story miliknya dimana beliau turut menegaskan individu lain dalam persatuan tersebut tidak boleh dipakai.TMJ

Menurut TMJ, terdapat pihak yang membayar beberapa laman tidak rasmi bola sepak bagi menyebarkan berita pal su sekaligus memecahbelahkan penyokong bola sepak tanah air.

Ini bukan kali pertama TMJ memberikan komen mengenai pengurusan pasukan Selangor dimana sebelum ini beliau turut bersuara mengenai organisasi tersebut.

Sebelumnya, TMJ membidas sikap pengurusan FAS yang lebih gemar melakukan prov0kasi terhadap JDT dan mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi.

TMJ

Selain itu, beliau turut membuat pendedahan mengenai gaji yang ditawarkan oleh FAS bagi mendapatkan khidmat pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

sumber: vocketfc

Berdasarkan kontrak yang didedahkan, Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan.