TMJ Dalam Satu Sidang media Mengesahkan

Peny3rang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dikhabarkan bakal melengkapkan perpindahan beliau ke kelab Thai League 1, BG Pathum United pada 17 November ini.

Menurut salah seorang pengguna Twitter yang mengikuti rapat mengenai perpindahan Diogo ke BG Pathum, bekas pemain Buriram United itu akan berlepas ke Thailand pada 17 November sekaligus melengkapkan perpindahan beliau.

Bulan lalu, Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu sidang media mengesahkan Diogo akan kembali ke Liga Thailand musim depan.

Tempat Diogo akan diisi oleh Camilo Da Silva atau dikenali sebagai Camilo Sanvezzo yang pernah beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) bersama kelab Vancouver Whitecaps FC dengan rekod 43 gol dalam 102 penampilan.

Sepanjang beraksi bersama JDT, Diogo membantu pasukan itu memenangi dua gelaran Liga Super dan satu Piala Malaysia.