TMJ Bidas Pihak Persendakan Beliau

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, terdapat pasukan Liga Malaysia (Liga M) masih bergantung kepada dana kerajaan biarpun sudah melengkapkan penswastaan.

Menurut pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, perbuatan tersebut tidak betul dan mereka hanya berpura-pura melaksanakan transformasi di atas kertas.

Apa yang sedang berlaku dalam industri bola sepak Malaysia bukanlah penswastaan yang sebenar.

Ia cuma gambaran di mana perkara yang berubah hanyalah di atas kertas tetapi amalan lama masih diteruskan dan tetap mengharapkan dana kerajaan.

Saya bangga mengemudikan sebuah kelab bola sepak yang tidak bergantung kepada dana kerajaan, malah JDT menolak penggunaan dana kerajaan negeri sejak 2013.

Ia kerana itu adalah wang rakyat dan seharusnya digunakan untuk keperluan lain yang lebih bermanfaat, terutama ketika waktu getir seperti pand3mik C0vid-19 yang menjejaskan semua lapisan masyarakat, kata Tunku Ismail di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tig3rs semalam.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mewajibkan semua pasukan melakukan proses pen­swastaan sebagai syarat untuk ber­aksi dalam Liga M.

Setakat ini, FAM meluluskan penswastaan semua pasukan kecuali Felda United dan UKM FC yang gagal melengkapkan dokumen diperlukan.

Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM turut membidas segelintir pihak yang sebelum ini mempersendakan tindakanya mewujudkan JDT dan menswastakan pasukan pada 2013.

Sekarang JDT sudah mencatat pelbagai kejayaan di dalam dan luar padang sementara pasukan lain hanya pada hari ini, tahun 2020 memikirkan mengenai logo baharu mereka.

Saya bangga JDT mempunyai strategi perniagaan tersendiri termasuk dari sudut komersial untuk menjana dana dan melabur dalam projek jangka panjang.

Mereka bukan hanya me­nunggu kerajaan negeri membina infrastruktur malah mengeluarkan dana setiap tahun, kata Tunku Mahkota Johor itu.