TMJ Bersuara

Isu pengadil perlawanan diantara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam telah mencvri perhatian TMJ sebagai pemilik JDT dimana pengadil gagal mengawal perlawanan itu dengan baik.

Komen tersebut telah ditinggalkan oleh TMJ dilaman sosial rasmi Instagram Terengganu ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan tersebut atas cabaran yang diberikan.

“Tahniah Terengganu. Masa depan yang cerah buat Terengganu FC. Sikap profesionalisme yang tinggi oleh kapten dan potensi yang tinggi oleh pemain muda. Bukan mudah untuk kami JDT.”

“Referee teruk dan tidak mengawal game dengan baik. Sepatutnya 1 atau 2 penalti untuk Terengganu dan kad merah untuk peny3rang Terengganu yang melakukan t@ckle yang tinggi.”

“Apa pun, game sudah tamat. Tahniah kepada kedua-dua pasukan. Padang dan stadium first class. Tahniah dan terima kasih.”

Pengadil perlawanan itu Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim sebelum ini pernah ced3ra dibahagian mata apabila ditumbuk ketika berada dipintu masuk Hotel Seri Malaysia pada 19 Ogos 2014 selepas tamat perlawanan JDT bertemu pasukan ATM.

Dengan kemenangan itu semalam, JDT semakin mengukuhkan kedudukan dipersada liga dan memiliki kelebihan yang besar untuk terus muncul sebagai juara saingan CIMB Liga Super 2020 seterusnya meraih slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League 2021.