tinggalkan Barcelona ?

LIONEL Messi mengakui dia mahu meninggalkan Barcelona ketika disiasat pihak berkuasa cukai Sepanyol tetapi menegaskan kini mahu menamatkan kariernya di kelab itu.

Dalam satu wawancara dengan stesen radio Catalan RAC1, Messi juga berkata dia menjangkakan Neymar akan menyertai Real Madrid musim panas lalu selepas Barca gagal mendapatkan persetujuan dengan Paris Saint-Germain.

Messi dan bapanya Jorge didapati bersalah kerana melakukan penyelewengan cukai sebanyak 4.1 juta euro (RM18.8 juta) di Sepanyol dari 2007 hingga 2009, di mana mereka membayar hampir 10 juta euro (RM46 juta) dan Messi dijatuhkan hukuman penjara selama 21 bulan yang digantung.

Ditanya sama ada dia pernah terfikir mahu meninggalkan Barcelona, Messi berkata: “Pada 2013-14, apabila saya mempunyai masalah cukai, ia perkara yang amat sukar bagi saya dan keluarga.”

“Anak-anak saya masih kecil dan kami berdepan detik yang sukar. Pada ketika itu saya terfikir mahu pergi, bukan kerana saya mahu meninggalkan Barcelona tetapi kerana saya mahu meninggalkan Sepanyol.

“Saya rasa tidak dilayan dengan adil dan saya tidak mahu berada di sini lagi.”

Kontrak pemain berusia 32 tahun itu tamat pada 2021 dan Messi percaya bahawa melanjutkan kontraknya ‘bukan satu masalah’.

“Hari ini jelas bahawa saya mahu menamatkan karier di sini,” kata Messi.

“Bagaimana saya berada di kelab ini, apa yang saya rasakan dan demi keluarga dan anak-anak dan kami sudah serasi di bandar ini. Saya tidak mahu ia terjejas.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *