Tiga Trio mahu ubah sejarah JDT

Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun merasakan kombinasi trio pemain tengah pasukannya akan menjadi taruhan kepada skuad JDT untuk menjulang trofi Piala Malaysia.

Gabungan tiga pemain merangkumi dirinya sendiri berserta Afiq Fazail dan Leandro Velazquez diharapkan dapat membantu pasukan untuk mend0minasi permainan sekaligus mencatatkan kemenangan dalam perlawanan yang akan berlangsung pada malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada aksi separuh akhir kedua men3ntang Selangor minggu lalu, trio JDT cemerlang menguasai bahagian tengah sekaligus ‘mel3maskan’ Selangor hampir sepanjang perlawanan.

Dan Afiq Fazail pula menampilkan aksi terbaiknya dengan menghasilkan dua ‘assist’ cantik kepada Safawi Rasid dalam pertemuan yang berkesudahan dengan JDT mencatatkan kemenangan 3-0 di Stadium Shah Alam.

“Saya harap kombinasi bersama pemain lain di bahagian tengah dengan Leandro Velazquez serta Afiq Fazail akan memberikan kekuatan tambahan kerana persefahaman antara kami bertiga semakin baik dalam tiap perlawanan,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Sementara itu, Hariss Harun turut merasakan stadium berkapasiti sekitar 88,000 penonton itu tidak akan menjadi ‘bad!’ kepada skuad JDT selepas JDT terpaksa berput!h m@ta tewas kepada Pahang pada pentas final Piala Malaysia 2014.

Bagi pemain kebangsaan Singapura ini, keputusan pada lima tahun lalu sudah menjadi sejarah dan perlawanan akhir berdepan Kedah pada malam esok merupakan suatu lembaran baharu.

Apa yang sudah lepas dan apa yang terjadi, sudah menjadi sejarah dan esok kami berpeluang membuat sejarah baharu kepada JDT, saya serta rakan-rakan hanya fikirkan apa mahu dilakukan dalam perlawanan.

“Ada sahaja beberapa gelanggang kami pernah pergi sebelum ini keputusan tidak baik kepada kami tetapi akhirnya berjaya mendapatkan keputusan yang baik, jadi saya harap perkara sama akan berlaku di sini serta mahu hadiahkan kemenangan kepada penyokong-penyokong JDT.” tambahnya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.