Tiga pemain Singapura jadi ancaman

Tiga pemain import dari Singapura dalam tiga pasukan terbaik Liga Super umpama duri dalam daging buat skuad kebangsaan yang akan berdepan negara itu dalam aksi pertama Piala Airmarine minggu depan.

Tiga pemain yang dimaksudkan itu adalah Hariss Harun (Johor Darul Ta’zim), Safuwan Baharudin (Pahang) dan Shakir Hamzah (Kedah) yang sudah cukup arif dan mengenali selok-belok pemain Malaysia.

Sudah pasti kelebihan dan kekurangan yang dimiliki skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan dikaji dengan teliti menjelang pertemuan pertama minggu depan.

Cheng Hoe tidak mahu mengambil mudah dengan dia sudah dapat menghidu kesukaran yang bakal dialami anak buahnya dalam perl@wanan itu.

“Kami perlu berjaga-jaga dengan Singapura kerana terdapat beberapa pemain mereka yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).

“Mereka sudah tahu kelemahan dan kekuatan setiap pemain kami,” katanya.

Berdasarkan pertemuan sebelum ini, Malaysia dan Singapura boleh dianggap sebagai seteru tetangga.

Sentimen itu sering menjadikan pertembungan di antara Malaysia dan Singapura sebagai pertemuan sensasi daripada segala aspek

“Berdepan Singapura bukanlah satu tugasan yang mudah.

“Berdasarkan sejarah, kami tidak memperoleh banyak kemenangan.

“Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang,” tambahnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *