Tidak Bersama Pasukan Musim Depan

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu pemain muda mencontohi bekas kapten pasukan itu, Khairul Helmi Johari dalam membantu skuad Lang Merah mencapai kegemilangan.

Menurutnya, pengorbanan dan bakti Khairul Helmi selama 14 tahun sejak 2007 bersama Kedah disifatkan besar dan harus dikenang dalam sejarah bola sepak Kedah.

“Pemain yang berusia 32 tahun itu tidak akan bersama pasukan musim depan dan saya akui peranan yang dimainkannya harus dicontohi generasi pemain muda Kedah lain.

“Banyak perkara yang boleh mereka dipelajari daripada pengalaman yang dikutip Khairul Helmi sepanjang kariernya bersama Kedah dan pada saya dia umpama pemain pertahanan kebanggaan Itali, Fabio Cannavaro.

“Dia bijak membaca gerakan lawan dan pemain yang tangkas menghalang ser@ngan peny3rang bah@ya dalam mempertahankan benteng,” katanya.

Aidil juga berkata, selain ketangkasannya, Khairul Helmi juga dikagumi kerana memiliki sifat kepimpinan yang diperlukan dengan pengalaman luasnya sebagai seorang kapten suatu ketika dahulu.

“Khairul memiliki aura kepimpinan dan dia sudah membuktikannya ketika membantu pasukan memenangi beberapa kejuaraan.

“Justeru, saya bangga dengannya dan saya harap walaupun dia tidak akan bersama pasukan lagi, jasa dan pengorbanannya tetap akan dikenang pasukan dan penyokong,” katanya.