Tidak Berminat Bersaing Dengan JDT

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menegaskan masih terlalu awal untuk pasukannya dilabel sebagai penc@bar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mer3but takhta Liga Super musim ini.

Menurut Nafuzi, perjalanan liga musim ini masih lagi panjang dan beliau mahu anak-anak buahnya untuk memberikan perhatian penuh kepada setiap perl@wanan yang telah dijadualkan.

“Tiga perl@wanan (tanpa kalah) bagi saya terlalu awal, kita masih ada (baki) 19 perlawanan lagi untuk dihadapi. Kita bukannya mahu bersaing dengan JDT, apa yang penting kita fokus kepada persiapan perlawanan demi perl@wanan, tiga perl@wanan sudah selesai. Alhamdulillah, (kita) fokus kepada perlawanan seterusnya.

“Akhir sekali, kita akan melihat kedudukan kami di bulan Ogos untuk mengetahui pasukan kita bagus atau tidak. Kalau kita berada di tangga teratas maknanya pasukan kita bagus,” katanya pada sidang media selepas perl@wanan men3ntang Perak semalam.

sumber: vocketfc

Kemenangan ke atas Perak membolehkan Terengganu menghuni tangga kedua dan berkongsi 9 mata dengan pendahulu iaitu skuad Har!mau Selatan yang turut merekodkan 100% kemenangan pada tiga perlawanan liga setakat ini.

Pada perlawanan liga seterusnya, Terengganu akan berd3pan Melaka United di halaman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.