Tiada Lagi Beliau Bersama Pasukan

Pasukan Perak tidak menyambung kontrak pemain import, Antony Golec sekaligus bakal kehilangan pemain itu bagi saingan Piala Malaysia musim ini.

Menerusi laman Instagram Story miliknya, Golec memuat naik gambar dan mengucapkan terima kasih, sekaligus menjadi indikasi bahawa pemain dari Australia itu tidak akan beraksi bagi baki saingan musim 2020.

Setelah kontraknya tidak disambung oleh pengurusan pasukan Perak, pemain yang pernah beraksi di saingan Liga 1 Indonesia itu dikhabarkan pulang ke Australia, sekaligus menutup sebarang ruang bagi Golec untuk kembali memperkuatkan skuad The Boss Gaurus.

Bagi menggantikan Golec, pemain pertahanan Perak II, Tarik Isic diserap masuk ke skuad senior bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

Skuad bimbingan Mehmet Durakovic akan berdepan Kelantan United pada pusingan 16 pasukan terakhir.