TFC dimalukan di laman sendiri

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) kempunan di laman sendiri pada aksi pertama Liga Super selepas tump4s 1-3 kepada Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Peny3rang The Bos Gaurus, Guilherme de Paula muncul watak pemusn4h selepas meledak dua gol manakala satu jaringan lagi menerusi kapten, Shahrul Saad.

Terdahulu TFC yang membariskan lima pemain import selain menurunkan penjaga gol muda, Rahadiazli Rahalim bermula garang dengan percubaan pertama menerusi tandukan pertahanan import, Babacar Diallo pada minit keempat perlawanan yang hanya sedikit tersasar.

Skuad pelawat kendalian Mehmet Durakovic juga tidak mahu mengalah dan hampir memperoleh gol menerusi sepakan percuma kapten, Shahrul pada minit ke-11 yang terkena tiang gol.

Pada minit ke-18, stadium baharu TFC itu kembali bergema dengan sorakan padu 25,000 peminat setia skuad Penyu apabila remb4tan kenc4ng Sanjar Shaakhmedov dalam kotak penalti hasil sepakan sudut kapten, Lee Tuck menerjah jaring gol untuk mendahului 1-0.

Lima minit berselang, pintu gol skuad The Bos Gaurus hampir dibolosi lagi menerusi remb4tan peny3rang baharu TFC, Dominique da Sylva yang berjaya ditepis keluar penjaga gol, Mohamad Nasrullah Abdul Aziz.

Peny3rang Perak, De Paula hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-34, tapi remb4tan dalam kotak penalti peny3rang kelahiran Brazil itu berjaya dihalang penjaga gol.

Usaha berterusan pelawat membuahkan hasil apabila pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin menghadiahkan sepakan penalti selepas Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar menjatuhkan De Paula dan sepakan yang diambil pemain itu menerjah gol untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Pada minit ke-52, Perak mendapat gol kedua menerusi tandukan menarik Shahrul hasil sepakan sudut bekas pemain TFC, Thierry Chantha Bin.

Selepas jaringan itu, pelawat dilihat kian bernafsu dan berjaya mengukuhkan kedudukan 3-1 sekali lagi menerusi De Paula hasil remb4tan kenc4ng dalam kotak pada minit ke-79 yang gagal dikeluarkan penjaga gol.

Sumber : BH