Terus Kumpulkan Pemain Bintang, Tandatangani Adisorn Promrak

Kelab Thai League 1, Port FC meneruskan usaha mereka dalam mengumpulkan pemain bintang dalam pasukan apabila menandatangani pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Adisorn Promrak.

Adisorn melengkapkan perpindahan ke Port pada Jumaat lalu setelah empat musim beraksi bersama bekas juara Thai League 1 itu.

Pengendali Port, Jadet Meelarp kehadiran Adisorn memberikan kekuatan di bahagian pertahanan namun beliau menegaskan tempat pemain berusia 26 tahun itu dalam kesebelasan utama tidak terjamin.

“Kita perlu menunggu dan lihat bagaimana prestasi beliau ketika sesi latihan bersama pasukan. Tiada pemain yang tempatnya terjamin dalam kesebelasan, ini termasuk Elias Dolah dan David Rochela,” kata Jadet.

Setelah menyertai Port, Adisorn Promrak akan beraksi bersama rakan sepasukan di skuad kebangsaan seperti Tanaboon Kesarat, Charyl Chappuis, Nitipong Selanon dan Adisak Kraisorn serta Heberty Fernandes.

Keputusan untuk menandatangani Adisorn ini dilihat sebagai langkah Port FC untuk meraih gelaran Thai League 1 musim ini.