terpikat dengan aksi bintang baharu JDT

Selepas lebih setahun tidak beraksi, skuad Harimau Malaya jelas mahu memberi na fas baharu apabila menyenaraikan tonggak muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman menyertai kem latihan sebagai persediaan aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kelak.

Ini bermakna jika Ramadhan disenaraikan dalam skuad akhir, Harimau Malaya memiliki banyak pilihan termasuk tidak lagi berg@ntung kepada ‘kuda tua’ di bahagian ser@ngan dengan gandingan mantap ubi muda diketuai oleh peny3rang bawah 19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin dan Ramadhan mampu mengucar-kac!rkan ku bu lawan.

Pengurus pasukan kebangsaan Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, Ramadhan antara muka baharu yang akan dipanggil menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya dalam usaha menguatkan lagi bahagian ser@ngan pasukan.

Beliau berkata, keputusan untuk menyenaraikan Ramadhan dalam skuad terakhir Har!mau Malaya akan ditentukan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe jika beliau berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemain berusia 20 tahun itu.

“Antara muka baharu yang akan dipanggil menyertai kem latihan adalah Ramadhan berdasarkan prestasi semasa bersama JDT sebelum ini. Keputusan akan ditentukan oleh Cheng Hoe nanti untuk menggunakan khidmat pemain berkenaan atau sebaliknya mengikut kesesuaian pasukan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Cheng Hoe jelas terpikat dengan aksi bertenaga bintang baharu JDT itu dan berhasrat untuk menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan.

Ramadhan yang mencetak dua gol ketika membantu JDT memb3nam Selangor 6-1 dalam aksi Liga Super musim lalu berjaya mempamerkan permainan menakjubkan termasuk menjaringkan gol lencong berkualiti pada perlaw@nan itu.

Katanya, pemain sayap berusia 20 tahun itu mempunyai ciri-ciri meny3rang yang diinginkan dan susah tentu jika dia mampu mengekalkan konsistensinya akan memiliki masa depan cerah.