Terpaksa Menggigit Jari

JOHOR BAHRU: Pulau Pinang gah di persada Liga Perdana selepas menang tipis 2-1 menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Kemenangan itu pasti melonjakkan moral skuad bimbingan Manzoor Azwira Wahid yang kini berbaki empat perlawanan lagi membu ru slot ke saingan Liga Super selepas musim lalu terpaksa menggigit jari akibat pemotongan enam mata oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).

Namun, Pulau Pinang yang mengutip 17 mata tampak diberi cabaran hebat daripada Kuala Lumpur yang turut mengumpul mata yang sama dan dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Keinginan skuad Haria Penang Haria memburu kemenangan dibuktikan seawal minit keempat selepas Khairu Azrin Khazali yang tidak dikawal mengambil kesempatan merembat bola dari jarak 30 meter tepat ke penjuru kiri gol menewaskan Haziq Nadzli.

Pelawat menggandakan asakan membu ru gol kedua apabila bola r3mbatan leret Anselmo Da Silva di luar kotak penalti pada minit ke-12 memaksa Haziq merebahkan badan untuk menampan bola sebelum di keluarkan kapten, Kiko Insa.

Pembu ruan tuan rumah untuk mencipta gol penyamaan akhirnya menj3lma pada minit ke-30 selepas bola tandukan Feroz Baharuddin hasil sepakan sudut Kei Hirose gagal diselamatkan Sommerville untuk mengikat jaringan 1-1.

Berbaki dua minit babak pertama untuk ditamatkan, pelawat kembali mendahului dengan jaringan 2-1 selepas gerakan menarik Lee Chang-hoon yang melintangkan bola membolehkan Endrik Parafita yang tidak di kawal melakukan sepakan voli yang menewaskan Haziq.