terpaksa melakukan sedikit rombakan

Berita keced3raan menimpa pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ariff Farhan jelas meresahkan jurulatih Aidil Sharin Sahak ketika sepak mula Liga Malaysia (Liga M) hanya berbaki seminggu lagi.

Pemain berkenaan dilaporkan ced3ra pada kepala ketika aksi pemanas badan menentang Selangor FC II di Shah Alam pada Rabu lalu. Mengikut maklumat media kelab berkenaan, dia memerlukan rawatan susulan untuk kembali pulih sebelum dapat berlatih semula.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC Khamal Idris Ali mengakui pihaknya terkesan dengan ins!den menimpa Ariff itu dan berharap semua pihaknya mendoakannya agar segera sembuh.

“Kita agak terkejut dan bersimpati dengan ins!den menimpa Ariff. Namun saya berharap dia akan segera sembuh selepas menjalani rawatan. Beliau memerlukan masa secukupnya untuk berehat dari sebarang aktiviti bersama pasukan sebelum mendapat pelepasan.Disyorkan Untuk Anda

“Bagi memastikan perancangan pasukan berjalan lancar menghadapi Liga M minggu depan, kita mungkin memerlukan pemain gantian untuk posisi itu. Ketika ini, kita dalam proses mencari pemain baharu dan ianya bergantung kepada perbincangan dengan ketua jurulatih,”katanya.

Sementara itu, Aidil Sharin mengakui terpaksa melakukan sedikit rombakan dalam latihan bagi memastikan posisi pertahanan pasukannya bersedia untuk memulakan aksi Liga M minggu depan.

“Saya serahkan kepada pertimbangan pengurusan untuk membuat keputusan dan menentukan samada mahu mendapatkan pemain gantian baharu di posisi berkenaan,” katanya.