Terima Kasih alu-alukan kedatangan saya dan keluarga ke JDT

Dalam satu kemaskini terkini Diogo Luis Santo dilaman media sosial, beliau menyatakan amat bersyukur menjadi sebahagian dari skuad JDT selama 2 musim mulai 2019 dan 2020.

Diogo juga turut merakam ucapan terima kasih istimewa kepada TMJ serta memberitahu bahawa beliau menikmati keseronokan dan dalam masa yang sama berjaya merangkul pencapaian yang hebat selain mengutip pengalaman untuk kariernya sebagai pemain bola sepak.

Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah mengalu-alukan kedatangan saya dan keluarga.

Sekarang, tiba masa untuk saya meneruskan perjalanan mencari cabaran baru, tetapi JDT dan Malaysia akan sentiasa berada ditempat istimewa dihati saya dan hidup saya.

Saya juga berharap semua pasukan di Malaysia akan inspired dengan profesionalism dan struktur di JDT untuk bola sepak dalam negara ini berkembang lebih maju.

Diogo Luis Santo akan menyertai BG Pathum United dalam saingan Thai League 1 mulai pusingan kedua nanti dan dijangka akan bergandingan dengan striker lagenda Thailand, Teerasil Dangda yang akan menyertai pasukan itu dari Shimizu S Pulse tidak lama lagi.

BG Pathum United semalam baru sahaja mengesahkan tempat dalam saingan AFC Champions League musim 2021 apabila menewaskan Chonburi 2-1 di LEO Stadium.