Tekanan Diberikan Masih Gagal Sekat

Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan 2-0 menewaskan Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Pada pert3mbungan juara Liga Super berdepan juara Liga Perdana musim lalu, pengendali JDT, Benjamin Mora tidak melakukan rombakan dalam kesebelasan utama, sebaliknya mempertaruhkan barisan pemain yang sama dan mengekalkan formasi 4-3-3 ketika menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 , Jumaat lalu.

Percaturan pengendali kelahiran Mexico itu hampir membuahkan hasil pada minit ke-15 selepas gerakan yang dimulakan oleh Safawi Rasid yang mengumpan bola kepada Leandro Velazquez sebelum menolak bola semula kepada Safawi yang bertindak merembat bola lencong namun sipi daripada gawang gol.

Malang, buat pemain pertahanan JDT, Mauricio Dos Santos yang terpaksa di keluarkan pada minit ke-22 selepas berlaku perl@nggaran dengan pemain Penang FC ketika perebutan bola di udara dan Adam Nor Azlin dimasukkan untuk bergandingan bersama kapten Aidil Zafuan Abd Radzak

Berakhir babak pertama tampak seimbang apabila kedua-dua pasukan buntu untuk bertindak mencipta serangan berbahaya tatkala penguasaan permainan kerap berlegar di kawasan tengah padang dengan skuad kendalian Tomas Trucha pantas mematikan gerakan barisan pemain tengah tuan rumah yang dterajui Velazquez, Natxo Insa dan Afiq Fazail.

Sepatutnya gol pertama menjelma buat tuan rumah pada minit ke-47 selepas bola lorongan Corbin Ong gagal disudahkan Fernando Rodriguez yang hanya berdepan penjaga gol pelawat, Samuel Somerville apabila terlepas menyepak bola.

Pelawat memiliki peluang terbaik pada minit ke-52 selepas bola sepakan lintang Casagrande tepat kepada Endrik Dos Santos yang mer3mbat bola k3ncang di dalam kotak penalti namun tepat ke dakapan penjaga gol , Farizal Marlias.

Sekali lagi JDT terlepas peluang keemasan membuka tirai jaringan pada minit ke-63 selepas bola lorongan Insa sempat disentuh Safawi yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun bola hanya sipi dari gawang gol ketika Somerville sudah tertewas.

Tindakan Somerville yang sengaja mengasari Gonzalo Cabrera di dalam kotak penalti mengundang padah selepas pengadil perlawanan, S Logeswaran tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-80 dan Velazquez mudah meny3pak masuk.

Ketika aksi berbaki lima minit untuk ditamatkan berpunca daripada bola lorongan pemain gantian, Safiq Rahim membuka ruang buat Rodriguez menolak bola masuk menewaskan Somerville sekali gus memastikan kemenangan 2-0 memihak tuan rumah.