Teka-teki kini terjawab

KUANTAN: Pahang akhirnya menamatkan teka-teki apabila Dickson Nwakaeme sah bersama skuad Tok Gajah bagi mengharungi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Peny3rang kelahiran Nigeria yang dikenali sebagai ‘Orang Besi’ itu menandatangani kontrak bersama skuad kendalian Dollah Salleh hari ini, selepas beberapa minggu menjalani sesi ujian pemilihan bersama Pahang.

Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pihaknya berharap pemain berumur 34 tahun itu dapat membantu memperkasakan jentera ser4ngan skuad Tok Gajah.

Katanya, sentuhan berb!sa Nwakaeme diyakini menggerunkan lawan seperti musim lalu apabila meledak 19 gol, termasuk sembilan gol dalam sa!ngan Piala Malaysia.

“Saya harap dia (Nwakaeme) lebih padu musim ini di bahagian ser4ngan sambil dibantu rakan sepasukan termasuk empat import lain,” katanya.

Dengan pengesahan Nwakaeme itu, skuad Tok Gajah sudah melengkapkan lima kuota pemain import.

Empat import yang menyarung jersi Tok Gajah musim ini ialah penyer4ng Brazil, Ivan Carlos, Harold Goulon (Perancis), Adam Reed (Filipina) dan Khalil Khamis (Lubnan).

Kehadiran Khalil bakal mengukuhkan kembali jentera pertahanan skuad itu selepas Matthew Davies meninggalkan Pahang.

Sumber : Berita Harian