Tak patut dedah butiran warga Bangladesh dari dokumentari Al Jazeera, kata aktivis

PETALING JAYA: Peguam hak as@si mengkr!tik tindakan pihak berkuasa mendedahkan butiran peribadi seorang pekerja Bangladesh yang bercakap tentang dakwaan diskriminasi oleh pegawai imigresen, langkah yang mence tuskan komen an ti-pendatang asing dan xenofobia di Facebook jabatan itu.

Semakan di laman web rasmi imigresen menunjukkan ribuan komen daripada pengguna, kebanyakannya menyokong keg@nasan terhadap Md Rayhan Kabir, seorang penda tang asing yang ditembual dalam dokumentari Al Jazeera yang mengundang kontr0versi.

“Kalau nampak tampar dulu sekali dua,” tulis pengguna Facebook bernama Hertonnye Linggom, mengulas gambar Rayhan yang dimuat naik ke Facebook Jabatan Imigresen.

“Moh kita ramai-ramai rakyat Malaysia bantu cari sampai dapat. Sekejap saja akan berjaya. Jangan lupa jangan ikat pakai tali, pakai dawai,” cadang seorang lagi pengguna bernama Ku Lim Ku.

Rayhan, 25, menjadi sasaran pihak berkuasa selepas dia muncul dalam episod program 101 East terbitan Al Jazeera tentang dakwaan pengani ayaan terhadap pendatang asing semasa tempoh kawalan baru-baru ini.

“Mereka buat perangkap untuk kami. Mereka beri makanan, mereka beri ubat. Semua benda ini mereka berikan. Jadi, tiada seorang pun sangka mereka akan tangkap orang,” kata Rayhan dalam dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”, yang menumpukan pada layanan kerajaan terhadap pendatang asing semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengawal pandemik Covid-19.

“Mereka bukan pembu nuh. Mereka bukan penje nayah. Mereka hanya tidak ada dokumen,” kata Rayhan dalam episod 25 minit itu.

Polis kemudian menyiasat saluran berita yang berpangkalan di Qatar itu kerana menghasut.

Aktivis berkata, Rayhan sekarang mungkin jadi sasaran tindak balas walaupun tidak melakukan sebarang jen@yah yang mewajarkan pembu ruannya di seluruh negara.

John Quinley daripada kumpulan hak asasi F0rtify Rights yang berpangkalan di Bangkok, berkata Rayhan hanya menyuarakan masalah dihadapi ramai pendatang asing dan pelarian di pusat taha nan imigresen.

“Kerajaan tidak patut menyasarkan individu yang bercakap kepada media mengenai masalah dihadapi pendatang asing,” katanya kepada FMT.

Beliau menyifatkan tindak balas pihak berkuasa terhadap teguran Rayhan sebagai “tindakan untuk menakut-nakutkan”.

Katanya, “kerajaan sepatutnya melindungi pendatang asing, bukannya menakut-nakutkan mereka”.

Selasa lalu, gambar Rayhan disiarkan beberapa laman berita bersama butiran pasport Bangladeshnya yang didedahkan imigresen kepada media.

Pihak berkuasa berkata, Rayhan dikehendaki untuk sia satan bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ratusan pekerja asing ditahan di Kuala Lumpur ketika pelaksanaan PKP dan mereka kemudiannya ditempatkan di pusat tahanan imigresen.

Kerajaan dilaporkan berkata, langkah itu perlu untuk mengurangkan risiko Covid-19 dalam kalangan pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin.

Peningkatan kes jang kitan Covid-19 di pusat tahanan membawa kepada dak waan bahawa tahanan ditempatkan dalam persekitaran yang sesak. Dakwaan itu ditepis Putrajaya.

Seorang aktivis hak asasi tempatan, Muhammad Afiq Noor berkata notis “orang dikehendaki” terhadap Rayhan itu adalah tidak wajar.

“Perkara yang dia bangkitkan dalam dokumentari itu dibenarkan undang-undang dan berasas,” tambahnya.

Katanya, dakwaan dalam dokumentari itu bukanlah perkara baru, dan pernah dibangkitkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

“Kita sebagai sebuah negara ada tanggungjawab dari segi undang-undang dan keagamaan untuk melayan pendatang asing secara bermaruah dan mendukung hak asa si mereka termasuk kebebasan bersuara,” kata Afiq kepada FMT.

“Sekiranya imigresen dapati ada sesuatu yang tidak betul dalam dokumentari itu, keluarkanlah kenyataan menyangkalnya.

“Intimidasi terhadap media dan pendatang asing adalah sesuatu yang tidak perlu dan mengan cam demo krasi,” katanya.

Afiq, yang juga seorang peguam, berkata imigresen diberi mandat oleh undang-undang untuk melancarkan sia satan terhadap kesalahan dalam bidang kuasanya, termasuk mende dahkan butiran peribadi.

Tetapi tidak jelas apakah kesalahan Rayhan, katanya.

“Kalau ia berkenaan kritikannya dalam dokumentari itu, itu bukanlah suatu kesa lahan dalam Akta Imigresen.

“Kenapa mereka tak sebut dia disia sat bawah peruntukan dan seksyen apa? Kenapa hanya dia sahaja? Adakah kerana dia muncul dalam dokumentari itu dan mengkr!tik cara kita urus pendatang asing semasa PKP?” katanya.

Jika kesalahan Rayhan adalah menetap secara ha ram, tidak wajar edarkan posternya kerana ia boleh mendorong xenof0bia.

“Kebimbangan sebenar adalah imigresen nampak seperti cuba senyapkan kritikan. Tindakan itu (mengeluarkan notis) tidak perlu.”

Jurucakap Majlis Peguam tentang hal ehwal pendatang asing dan pelarian, M Ramachelvam pula berkata imigresen diberi kuasa untuk menyiasat atau memanggil saksi.

Beliau berkata yang menjadi masalah adalah ketiadaan dasar yang jelas tentang pekerja asing.

Katanya, ada perbezaan antara pendatang asing yang tiada dokumen kerana keadaan tertentu dengan mreka yang memasuki negara secara haram.

sumber: freemalaysiatoday

Menurutnya, ramai jadi “haram” selepas dit!pu majikan atau ejen, atau melarikan diri daripada majikan yang mend3ra.

“Kerajaan perlu kemukakan penyelesaian yang komprehensif dan holistik. Mereka harus kemukakan apa yang sudah banyak kali dicadangkan – program pengampunan dan pemutihan, supaya kita betul-betul tangani masalah ini,” katanya.